sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya

Thursday 23 August 2012

Orang yang merasa tidak tenang bukan kerana masalah yang dihadapinya tetapi dia tidak tahu apa tujuan hidupnya. Dan kurang ilmu dan faham untuk mengatasi masalahnya. Sebagai contoh, seorang lelaki tertinggal kunci dalam keretanya. Sudah diikhtiar untuk membuka pintu kereta tetapi tidak juga berhasil. Tiba-tiba datang seseorang memberikan bantuan. Dia mengeluarkan sesuatu dan mencungkil bahagian kunci pintu kereta. Tidak sampai seminit, pintu kereta dapat dibuka. Lelaki yang memiliki kereta itu mengucapkan terima kasih tanpa menyedari bahawa orang yang membantunya tadi adalah seorang bekas pencuri kereta. Bekerja tidak tahu tugas, sudah pasti akan dibuang kerja. Menanak nasi tidak tahu cara, nasi pula akan menjadi bubur. Membuat baju tidak tahu teknik, tidak dapat dipakai. Persoalannya, adakah kita memahami atau tidak ilmu hidup di dunia ini ? Kalau tidak, sudah pasti hidup terasa kosong, jiwa merasa gusar, hati tidak akan tenang. Allah SWT telah berfirman dan menyatakan hakikat penciptaan manusia ke dunia ini. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku" (Surah Az-zariyaat ayat 56) Yang pasti, apabila kita sudah mengetahui dan memahami apa tuntutan kehidupan kita, pasti akan disusuli dengan amalan-amalan yang baik dan sentiasa mengucap syukur ke atas-Nya kerana dikurniakan taufik dan hidayah. Demikianlah jika kita analogikan dengan mesin. Apabila kita tidak tahu menggunakannya, maka mesin tersebut akan mudah rosak dan tidak berguna. Justeru, apabila kita tahu 'menggunakan' hati kita dengan sentiasa mensyukuri nikmat dan ujian yang Allah beri, maka akan membawa ketenangan di dalam diri. Moga rumus tenang hati membahagiakan dunia dan akhirat kita. "TENANG HATI = FAHAM pada ilmunya + TERLATIH pada amalnya + BERZIKIR pada syukurnya"

No comments:

Post a Comment