sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya

Thursday 8 March 2012

Fitnah Wanita: Adakah Wanita Itu Jahat?

Antara Hadis dan Tafsiran Hadis “Fitnah wanita.” Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga. “ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari) Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah… Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita. “Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…” “Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…” “Perempuan semuanya jahat…” Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan Hakikatnya...

No comments:

Post a Comment